Saturday, November 28, 2015

Aqiqah Lembu UMMBARAQAH

Assalamu'alaikum Wrmbth, pada 25 November Jumaat, kami telah menumbangkan seekor lembu untuk aqiqah. Aqiqah lembu ini diadakan untuk anak saya sendiri Luqman Hakim Al Amin dan rakan-rakan yang lain. Besar juga lembu untuk aqiqah ini, berat hidup 250kg lebih ada ni. Lembu baka Kedah Kelantan atau KK yang sihat dan cukup syarat untuk aqiqah.

Syarikat UMM BARAQAH RESOURCES tercinta
Proses aqiqah lembu ni bermula jam 9pagi di kawasan kediaman saya. Rumah sembelihan lembu ini pun ada pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar tempatan dan penyembelihnya Wak berpengalaman dengan kad tauliah sembelihandari pihak jabatan agama islam.

Hari ini tak da kambing disembelih untuk aqiqah
Hari ini, kambing-kambing saya lega dikandang kerana tiada siapa yang terkorban untuk aqiqah.

Ini dia lembu aqiqah untuk anak saya. Coklat keputihan
Inilah dia lembu aqiqah anak saya, cukup syarat insyaallah. Aqiqah lembu ni ada 7 bahagian, kambing boleh satu je
Lembu tak nampak pisau dan kakitangan perlu cukup supaya bertenang
 Bagi mengelakkan lembu panik semasa proses sembelihan, kakitangan berpengalaman perlu cukup untuk mengawal suasana

Niat dan nama anak dibaca semasa proses sembelihan
Beginilah proses melapah di rumah sembelihan

Proses melapah sedang dijalankan dengan tekun oleh Bro Poji

Wak juga sedang tekun melapah

Pekerja mahir macam ni memang laju buat kerja

Sekejap je dah nak siap proses melapah ni


Organ dalaman sedang dilapah

Sesi bedah siasat. Nak jadi doktor tak dapat, lapah lembu pun jadi le

Sekian sahaja laporan aqiqah lembu anak saya alhamdulillah. Semuanya selesai dengan pantas