Kenapa Aqiqah Lembu?
Harga lembu yang lebih pada November 2011, mencecah RM2500 bagi berat 200++kg. Harga bagi kambing pula sekitar RM700. Dalam islam, aqiqah lembu mempunyai 7 bahagian dan kambing hanya 1 bahagian. Jadi secara puratanya harga lembu siap sembelih, lapah dan hantar per bahagian adalah jauh lebih murah dari kambing.
Jika Aqiqah Lembu lebih murah, mengapa tidak ramai yang memilih untuk melakukan aqiqah dengan lembu?
Benar, aqiqah denga lembu memang jauh lebih murah daripada kambing tetapi ramai ibubapa yang harus menunggu sanak saudara lain bermuafakat untuk mencukupkan 7 bahagian.
Bagaimana cara pengagihan daging aqiqah lembu tersebut?
Daging dan tulang dari lembu tersebut akan di bahagikan kepada 7 bahagian yang samarata dan dihantar terus kepada anda. Kami juga menyediakan perkhidmatan masakan dan katering bagi daging tersebut dengan rasa lazat dan harga berpatutan.
Adakah kami perlu hadir semasa sembelihan aqiqah lembu dijalankan?
Kami menggalakkan anda untuk menghadirinya dan masa untuk sembelihan bergantung pada tukang sembelih kami dan staf sokongan penyembelihan. Tuan puan akan dimaklumkan masa sembelihan tersebut dan masa tersebut tidak dapat diubah kerana faktor lain dari pihak anda yang dihormati.
Apakah hadis yang menyebut tentang aqiqah lembu?
- “Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengan unta, lembu ataupun kambing.” Hadith riwayat At Tabarani.
- Dari Ibnu Abbas r.a katanya: “Adalah kami beserta Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan, maka datanglah musim qurban. Maka kamipun menyembelih seekor lembu untuk 7 orang dan 1 ekor unta untuk 10 orang." Hadith diriwayatkan At Tarmizi dan Ibnu Majah
- “Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”Namun Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki itu bukanlah suatu kemestian, kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah melaksanakan aqiqah cucu Baginda, Hassan dan Hussain dengan masing-masing seekor kambing. seperti dalam hadis “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.
- "Barangsiapa yang melahirkan anak lelaki, maka beraqiqahlah dengannya Unta, Lembu atau Kambing" - [hadith riwayat al-Tabarani] hadith yang diiwayatkan oleh Anas ra. bahawa Nabi :saw bersabd
- Daripada saidina `Ali bin Abi Talib r.a, katanya:”Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.”(Riwayat al-Bukhari hadith ke-1716, Muslim, hadith ke-1317)
AQIQAH LEMBU UMM BARAQAH
Mohon emel contact no dan harga pakej lembu siap lapah kepada saya.
ReplyDeleteNuqmans@gmail.com
Terima kasih.